Führer der Unterseeboote

Jawatan Führer der Unterseeboote (FdU) ("Ketua Kapal Selam") adalah pegawai memerintah paling kanan bagi pasukan U-boot di sesebuah kancah peperangan. Armada kapal selam Kaiserliche Marine semasa Perang Dunia I dan Kriegsmarine semasa Perang Dunia II, menggunakan gelaran ini untuk beberapa markas kanan sewaktu konflik tersebut. Ia lebih kanan dari Ketua (Chef) Flotila dan diperkenalkan sebagai armada U-bot di sesebuah kawasan yang luas melebihi saiz flotila. Pada tahun 1917 jawatan FdU sendiri berada terus dibawah "Panglima Angkatan Kapal Selam" (Befehlshaber der Unterseeboote, atau BdU).[1] Jawatan FdU telah diwujudkan semula pada 1930an seiring dengan persenjataan semula Jerman dan telah dipegang dari Januari 1936 sehingga 17 Oktober 1939 oleh Karl Dönitz. Pada tarikh beliau dilantik BdU, dua jawatan subordinat FdU telah diwujudkan, iaitu FdU Barat ("FdU West") dan FdU Timur ("FdU East").[2]Apabila perang semakin berkembang, beberapa jawatan tambahan diwujudkan untuk para komander wilayah U-bot